This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, February 27, 2011

Balasan Orang Yang Tidak Membayar Zakat

Di antara hak-hak Allah yang utama adalah zakat yang merupakan hak harta. Orang-orang yang tidak menunaikan zakat harta mereka diseksa dengan harta itu dengan seksaan yang berat. Nas-nas telah mengkhabarkan bahawa penyiksaan mereka dengan harta itu bermacam-macam.

Pertama, bagi pemilik harta itu berwujud seekor ular botak yang memiliki dua bintik. Ular itu bergantung di leher pemiliknya dan mencengkam tulang rahang orang itu seraya berkata kepadanya: "Aku adalah hartamu, aku adalah simpananmu".

Dalam Sahih al-Bukhari diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Barangsiapa yang Allah berikan harta lalu tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat hartanya akan diserupakan menjadi ular botak berbintik dua, yang dikalungkan padanya di hari kiamat, kemudian ular itu berkata, "Aku adalah hartamu, aku adalah simpananmu". Rasulullah S.A.W kemudian membaca (ayat):

"Janganlah orang-orang yang bakhil dengan kurnia yang Allah berikan kepada mereka mengira bahawa sikap itu baik bagi mereka, tetapi kebakhilan itu buruk bagi mereka. Akan dikalungkan pada mereka di hari kiamat apa yang mereka bakhilkan". (Ali 'Imran, ayat 180).

Kedua, harta itu sendiri, yang zakatnya tidak ditunaikan, didatangkan kepadanya. Jika harta itu berupa emas dan perak, maka dijadikan lempengan emas, kemudian pemiliknya disiksa dengan itu. Jika harta itu berupa haiwan, seperti unta, lembu dan kambing, haiwan itu ditimpakan kepada pemiliknya lalu ia disiksa dengan haiwan itu. Allah S.W.t berfirman:

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya di jalan Allah, berilah mereka khabar tentang azab yang pedih, pada hari emas dan perak itu dipanaskan di neraka jahanam, lalu dahi, rusuk dan punggung mereka diseterika dengan emas dan perak itu. Itulah harta yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah apa yang telah kamu simpan itu". (At-Taubah, ayat 34~35).

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan dari Abu Hurairah, yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan hak hartanya itu, pada hari kiamat emas dan perak itu dijadikan lempengan yang dipanaskan di neraka jahanam, lalu rusuk, dahi dan punggung orang itu diseterika dengannya. Setiap kali lempengan itu dingin, dipanaskan kembali. Terus begitu dalam satu hari yang lamanya sama dengan 50 ribu tahun, sampai Allah memberi keputusan di antara hamba-hambanya, sehingga orang itu melihat jalannya ke syurga atau ke neraka".

Saturday, February 26, 2011

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

Nabi Muhammad S.A.W merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah S.W.T terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat:
  1. Rakaat Pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
  2. Rakaat Kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah S.W.T telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s sebanyak empat rakaat:
  1. Rakaat Pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan
  2. Rakaat Kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
  3. Rakaat Ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah S.W.T
  4. Rakaat Keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah S.W.T daripada empat kegelapan iaitu:
  1. Rakaat Pertama: Kelam dengan kesalahan
  2. Rakaat Kedua: Kelam dengan air laut
  3. Rakaat Ketiga: Kelam dengan malam
  4. Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun
MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s, iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
  1. Rakaat Pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah S.W.T yang Maha Esa.
  2. Rakaat Kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  3. Rakaat Ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah S.W.T semata-mata, tiada dua atau tiganya.
ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa a.s telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah S.W.T menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s empat rakaat sebagai tanda bersyukur:
  1. Rakaat Pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya
  2. Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun a.s
  3. Rakaat Ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun
  4. Rakaat Keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun